Bersama untuk selamanya,
Kau dan aku sahabat,
Untuk selamanya setia..
(Lagu: Sahabat Selamanya by Padi)
Emmm seperti selalu, tugas aku sebagai seorang anak yang memang selalunya akan hantar mak aku, Puan Kamariah..ke mana sahaja tempat yang mak hendak pergi.. Semalam selepas solat Asar, aku, mak n bebe (my daughter) pun bertolak dari rumah kami di Klang menuju ke Putrajaya.. Dipendekkan cerita, semalam mak ada perjumpaan dengan kawan-kawan lama sekolah dulu.. Maklum lah sudah bertahun tak jumpa, kalau tak silap hampir 35 tahun lamanyer.. Mereka ini dulu ex-Student Sekolah Alam Shah, so memang very close to each other, sudah tentu masing2 rapat seperti adik beradik (aku pun tak terkecuali ex MRSM PC).
kami sampai di Putrajaya Sentral pada pukul 6 lebih, hujan turun dengan lebatnya.. musim hujan sekarang ini (November). So, orang yang ditunggu tiba 10 minit kemudian..Auntie Naimah namanya, berasal dari Johor tetapi kini bekerja dan menetap di Terengganu. Wah bermulalah episod peluk-memeluk di P/Jaya Sentral, sementara kawan2 yg lain tiba tidak lama selepas itu. Kami beramai-ramai berkumpul di rumah adik adik aku yang bongsudi Presint 5..Hah, sampai sahaja di parking, tuan rumah sudah menunggu maklumlah baru sebulan tinggal di Quarters Kerajaan.
Sebaik melangkah masuk ke rumah, pintu umah, suasana bertukar menjadi riuh rendah.. Biarlah mak aku dan kawan-kawannya bersembang sakan..wah..bermacam-macam cerita yang disembangkan, rancak bergaya. Seronok melihat mak dan kawan-kawan bersembang, maklumlah bila masing-masing (yg bergelar nenek smua) berkumpul..Itulah namanya persahabatan..
Sebaik melangkah masuk ke rumah, pintu umah, suasana bertukar menjadi riuh rendah.. Biarlah mak aku dan kawan-kawannya bersembang sakan..wah..bermacam-macam cerita yang disembangkan, rancak bergaya. Seronok melihat mak dan kawan-kawan bersembang, maklumlah bila masing-masing (yg bergelar nenek smua) berkumpul..Itulah namanya persahabatan..
Lepas selesai dinner, kami pun bersurai,sebelum bersurai masing-masing bertukar-tukar nombor telefon masing-masing.. hihihi.. mujurlah mak aku tidak ada akaun Facebook..Walaupun semalam hari yang memenatkan, namun tetap menyeronokkan walaupun hujan turun sampai ke malam. Aku pun tumpang gembira, sebab dapat bawa mak jumpa kawan-kawan lamanya.. :)
No comments:
Post a Comment