Thursday 3 November 2011

DULU LAIN...SEKARANG LAIN...

Anak merupakan anugerah Tuhan yang tak ternilai, amanah yang yang perlu dihargai..Anak zaman dulu dan anak zaman sekarang jauh bezanya..anak zaman sekarang ni, high taste and high demand. Bukan macam anak zaman dulu (aku nie anak 80an), time aku kecik-kecik dulu jarang rasanya aku dapat makan KFC or Mc'D, dapat pun Chickedes, takpun coklat Kendos tu jerk..paling tak pun Ding Dang... Nak makan fastfood pun payah, bukan sebab bapak aku takde duit,tapi JIMAT.. 

Kalu nak tau mak bapak dulu, mak aihh garang tau.. Kalu kat sekolah kena rotan/marah ngn cikgu(even kadang2 bukan kita yg salah), mau kat umah pun dpt satu round lg, paling sikit pun kena leter jer.. tak macam mak bapak sekarang nie, anak kena rotan mau cikgu diserangnya balik, ada jugak yg terus la wat report n masuk paper.. aku pun tak pasti mane silapnye.. cikgu yg "over garang" or mak bapak yg "over sensitif"...Apa2 pun semua tuh kan boleh dibuat berbincang..

Aku pun ada anak, walaupun anak aku kecik lagi..kang kalu aku cakap lebih2 orang kata aku nie setahun jagung jadi mak.. nak cakap lebih2 pulak.. (tu biasa la, ayat orang Melayu kita, yang tak bole kena tegur,cepat sangat nak melenting)

So,jadi mak bapak nie,kena ikut peralihan zaman, ada mak bapak yg berduit,semua anak diberi notebook,h/phone 3G,PSP,even I-pad pun ade..dengan alasan: dlu bapak susah..tak dapat semua tuh, so biler bapak senang,bapak belikan untuk korang..sebab bapak taknak korang susah mcm bapak kecik2 dulu :)  kiki..ni ayat yg pakcik aku selalu cakap kt anak2 die..

Kalau mak bapak ada duit, takpe la bagi kemudahan MELEBIH pada anak, lagi bagus kalu anak2nya PANDAI2 n HEBAT2 belaka, best student ke..tapi kalu si anak, TAK CERDIK, nak buat camna, kenalah berusaha hantar si anak gi TUISYEN lebih2 skit..

Dan kalu mak bapaknyer plak yang tak seberapa, TETAP KENA sediakan keperluan yg penting untuk anak, ni jangan plak tau nak "buat anak" tapi kebajikan anak tak terjaga..maklum la, ada orang suke cakap "ANAK TU REZEKI"..memang betul anak tu rezeki Tuhan, tapi korang yg jadi mak bapak tu yang kena berusaha cari rezeki LEBIH-LEBIH sikit..bukan dari anak sorang sampai anak 6, usahanya segitu jer.. takda naik pangkat, takda cari duit lebih..anak sorang pakai keta KANCIL, anak 6 pun pakai keta KANCIL gak..sian kat anak, diorang dah besar gedabak, kena duduk sempit2 dalam keta..tak pun,kalu nak berjalan tak boleh bawak ramai2, kena bergilir2..sian kat anak, kena tinggal kat umah sebab keta tak muat.. mcm mane nie??? itu ke yang di katakan REZEKI ANAK??? kang kalu aku ckap lebih2, orang kata mentang2 la aku ade Degree,kije bagus..byak duit, bole la cakap byk.. Tapi pada aku la, "REZEKI YANG HALAL,ADA DIMANA2, KITA YANG PERLU MENCARINYA, DAN BUKAN REZEKI TU YANG DATANG BERGOLEK".. Ingat, zaman sekarang nie, zaman duit,kalu dulu orang kata "TAKPE, ADA 2 RINGGIT BOLEH HIDUP".. zaman sekarang nak besarkan anak pakai duit. Kalau nak anak ramai, kena rajin cari duit, dan jangan jadikan anak mangsa keadaan.. 

So, renung-renungkan..dan fikir-fikir lah....

Tuesday 1 November 2011

Sahabat Selamanya..

Kerana sahabat untuk selamanya,
Bersama untuk selamanya,
Kau dan aku sahabat,
Untuk selamanya setia..

(Lagu: Sahabat Selamanya by Padi)

Emmm seperti selalu, tugas aku sebagai seorang anak yang memang selalunya akan hantar mak aku, Puan Kamariah..ke mana sahaja tempat yang mak hendak pergi.. Semalam selepas solat Asar, aku, mak n bebe (my daughter) pun bertolak dari rumah kami di Klang menuju ke Putrajaya.. Dipendekkan cerita, semalam mak ada perjumpaan dengan kawan-kawan lama sekolah dulu.. Maklum lah sudah bertahun tak jumpa, kalau tak silap hampir 35 tahun lamanyer.. Mereka ini dulu ex-Student Sekolah Alam Shah, so memang very close to each other, sudah tentu masing2 rapat seperti adik beradik (aku pun tak terkecuali ex MRSM PC). 
kami sampai di Putrajaya Sentral pada pukul 6 lebih, hujan turun dengan lebatnya.. musim hujan sekarang ini (November). So, orang yang ditunggu tiba 10 minit kemudian..Auntie Naimah namanya, berasal dari Johor tetapi kini bekerja dan menetap di Terengganu. Wah bermulalah episod peluk-memeluk di P/Jaya Sentral, sementara kawan2 yg lain tiba tidak lama selepas itu. Kami beramai-ramai berkumpul di rumah adik adik aku yang bongsudi Presint 5..Hah, sampai sahaja di parking, tuan rumah sudah menunggu maklumlah baru sebulan tinggal di Quarters Kerajaan.
Sebaik melangkah masuk ke rumah, pintu umah, suasana bertukar menjadi riuh rendah.. Biarlah mak aku dan kawan-kawannya bersembang sakan..wah..bermacam-macam cerita yang disembangkan, rancak bergaya. Seronok melihat mak dan kawan-kawan bersembang, maklumlah bila masing-masing (yg bergelar nenek smua) berkumpul..Itulah namanya persahabatan..
Lepas selesai dinner, kami pun bersurai,sebelum bersurai masing-masing bertukar-tukar nombor telefon masing-masing.. hihihi.. mujurlah mak aku tidak ada akaun Facebook..Walaupun semalam hari yang memenatkan, namun tetap menyeronokkan walaupun hujan turun sampai ke malam. Aku pun tumpang gembira, sebab dapat bawa mak jumpa kawan-kawan lamanya.. :)

p/s: semoga aku pun berkesempatan berkumpul dengan kawan-kawan lama suatu hari nanti..Insyaallah..

Dari kiri Auntie Naimah, Auntie Halimahtul Saadiah, Mak and Auntie Salbiah